Friday, October 8, 2010

PAS sudah gelabah , Ku Li terima jawatan Pengarah Pilihanraya Kecil Galas

Berita terbaru yang pasti membuatkan puak -puak penjilat tegar PAS ketaq dan gelabah untuk menghadapi N45 PRK Galas ialah Ku Li telah mengesahkan menerima jawatan sebagai Pengarah Pilihanraya BN di PRK Galas . Beliau juga memberitahu wartawan bahawa akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Perdana Menteri mengenai PRK Galas ini serta calon yang akan dipilih .

PAS kalau boleh tidak mahu Ku Li mengetuai jentera BN di Galas dan dapat dilihat di dalam Harakah sebelum sentiasa memainkan isu bahawa Ku Li masih belum terima jawatan Pengarah Jentera BN . Berita terbaru ini pasti melumpuhkan semangat jentera PAS di Galas bagi berdepan dengan pengaruh Ku LI di kubu kuatnya itu . Ramai di kalangan ahli PAS sendiri meramalkan PAS akan tewas di Galas kerana gerun dengan pengaruh Ku Li di situ

No comments:

Post a Comment